Saturday, February 18, 2012

Hadis 40 Imam Nawawi » Ustaz Zahazan Mohamed (Buku)

HADIS 40 IMAM NAWAWI - USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
TERBITAN : TELAGA BIRU SDN. BHD
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM23.00
SABAH SARAWAK: RM25.00

Buku HADIS 40 IMAM NAWAWI ini adalah salah satu daripada sekian banyak karya agung Imam Nawawi, malah diitiraf antara karya terbaik beliau. Walaupun namanya Hadis 40, namun buku ini menghuraikan 42 buah hadis. Hal ini berlaku kerana menjadi tradisi orang Arab untuk menggenapkan sebarang bilangan yang terlebih atau terkurang hingga bilangan 42 menjadi 40 sahaja.

Buku HADIS 40 IMAM NAWAWI ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu darupada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis.

Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da'i. walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa melayunya.

"Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan
di masjid untuk diamalakan dalam kehidupan"

0 comments:

Post a Comment