Friday, April 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus » Daie Sejuta Ummat (Buku)

USTAZ AZHAR IDRUS - DAIE SEJUTA UMMAT (BUKU)
KARYA : RIDUAN MOHAMAD NOR
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM20.00

Penceramah fenomenal merupakan sisi terang yang sentiasa berlaku di belahan dunia islam di setiap zaman. Abad ke-20 sendiri menyaksikan pelbagai tokoh muncul di pelbagai belahan dunia Islam. Contoh karismatik seorang tokoh gerakan Islam sebagaimana yang dirakam oleh langit sejarah seperti Imam Hasan Al-Banna yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 di bandar Ismailiah, Mesir Kecerdasan al-banna dalam mertarbiah dan membina, akhirnya beliau meletakkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan fenomenal dalam kurun ke-20 dan 21.

Paling akhir kita digegarkan dengan fenomena Ustaz Azhar Idrus yang muncul seiring dengan kepesatan teknologi jalur lebar. Terjehan langit terbuka jika diuruskan dengan baik akan menguntungkan dakwah, sebab itulah Dr Yusuf Qardhawi dalam Fiqhul Jihad menyarankan potensi di langit terbuka direbut oleh para pendakwah dan juga para pejuang Islam di akhir zaman. Musuh memulakan gelanggang ini, namun pejuang Islam jangan ketinggalan zaman, merebut pengaruh dan menebar kebenaran. Ustaz Azhar Idrus adalah contoh kehebatan daie yang pandai memanfaatkan ruang maya ini. Maestro dakwah ini bukan sahaja meriuhkan panggung dakwah dengan pendekatan kuliah santai yang begitu meramahi anak muda tetapi juga dengan pelbagai pendekatan dakwah yang mesra anak muda.

No comments:

Post a Comment