Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali (Buku)


TAJUK : MINHAJUL ABIDIN WASIAT IMAM GHAZALI
PENULIS : IMAM GHAZALI, PENTERJEMAH : IR. ZAKARIA ADHAM
TERBITAN : VICTORY AGENCIE
PRICE : RM20.00

IMAM AL-GHAZALI merupakan tokoh Islam yang terkenal dan telah banyak menghasilkan kitab-kitab terkenal seperti Ihya Ulumuddin, dan lain-lainnya. Sehingga kini kitab-kitab beliau dijadikan bahan rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Minhajul Abidin merupakan sebuah lagi karya Imam Ghazali yang tidak kurang hebat dan terkenal di kalangan ilmuan Islam. Kini kami berjaya mengemaskinikan terjemahannya di dalam edisi bahasa Malaysia.

Intisarinya kaya dengan tip-tip penting untuk difahami setiap Muslim yang ingin mempertingkatan kefahaman ke arah menuju kepada tahap seorang Muslim sejati yang soleh dan pastinya diredhai Allah S.W.T


Indahnya Politik Cara Islam (Buku)


TAJUK : INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM
PENULIS : DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
TERBITAN : GALERI ILMU
PRICE : RM30.00

Kenapa dikatakan berpolitik cara Islam dalam sebuah negara demokrasi menjamin kesejahteraan dan kedamaian manusiawi dan ukhrawi?

Adakah amalan berpolitik kini menepati apa yang digariskan dalam Islam?


Adakah Islam menerima ideologi pemerintahan yang meletakkan penilaian keadilan, baik dan buruk kepada logik akal semata-mata?


INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM memberi persepsi yang jelas mengenai politik dan sistem pentadbiran dalam Islam. Kupasannya yang ilmiah berdasarkan usul fikah, perbahasan ulama, contoh sejarah dan sandaran dalil yang autentik, dipakejkan dengan gaya olahan yang mudah dan bersifat semasa.


Sesuai untuk ahli politik, pemimpin, ahli agama, ahli korporat, pelajar dan masyarakat umum.


Saturday, November 3, 2012

Special Offer : Koleksi Buku Ustaz Azhar Idrus (Buku)

COMBO UAI BOOK
PROMOSI TERHEBAT: KOLEKSI BUKU USTAZ AZHAR IDRUS (BUKU)
SPECIAL PRICE: S.M RM50.90
S.S RM56.90

1) ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB 1
2) ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB 2
3) USTAZ AZHAR IDRUS - DAIE SEJUTA UMMAT
4) FREE CD - SOAL JAWAB BERSAMA UAI

Sunday, September 30, 2012

Special Offer : Pakej Buku Istimewa » Semarakkan Cinta (Buku)

PROMOSI TERHEBAT: PAKEJ SEMARAKKAN CINTA (BUKU)
SPECIAL PRICE: S.M RM45.90
S.S RM50.90

1) PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL - FATIMAH SYARHA
2) CINTA KERANA ALLAH - USTAZ PAHROL MD JUOI
3) CINTA KUN FAYAKUN - A. UBAIDULLAH ALIAS 
4) FREE CD - FORUM KHAS - ANAK ISTERI YANG BERTUAH

{ Klik Disini Untuk Memiliki Koleksi Buku Ini }

Thursday, May 31, 2012

Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah SAW (Buku)

KISAH HAIWAN MADINAH ZAMAN RASULULLAH SAW
PENULIS : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
TERBITAN : TELAGA BIRU
PRICE : S.M RM45.00
S.S RM47.00

Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

Merpati Gua Thur
Kuda Surakah
Kambing Betina Mukjizat Nabi
Unta Betina Tunggangan Rasulullah
Kambing Biri-Biri Beracun

KEISTIMEWAAN BUKU:

Dilengkapi slot informasi berkaitan watak, haiwan dan peristiwa sebagai maklumat  
tambahan untuk kanak-kanak
Disediakan soalan-soalan uji minda untuk menguji tahap kefahaman
Disampaikan dalam dua versi: Rumi dan Tulisan Jawi
Berkulit Keras dan Bersaiz Besar
Setiap cerita dihiasi ilustrasi berwarna yang menarik
Sesuai untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak

Sunday, May 20, 2012

Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW (Buku)

KISAH HAIWAH MAKKAH ZAMAN RASULULLAH S.A.W
PENULIS : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
TERBITAN : TELAGA BIRU
PRICE : S.M RM45.00
S.S RM47.00

Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

Gajah Raja Abrahah
Keldai Halimatus Saadiah
Unta Jelmaan
Buraq Israk Mikraj
Ketua Ular Makkah

KEISTIMEWAAN BUKU:

Dilengkapi slot informasi berkaitan watak, haiwan dan peristiwa sebagai maklumat tambahan untuk kanak-kanak
Disediakan soalan-soalan uji minda untuk menguji tahap kefahaman
Disampaikan dalam dua versi: Rumi dan Tulisan Jawi
Berkulit Keras dan Bersaiz Besar
Setiap cerita dihiasi ilustrasi berwarna yang menarik
Sesuai untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak


Saturday, May 19, 2012

Syamail Muhammad S.A.W » Keperibadian Rasulullah (Buku)

SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W - KEPERIBADIAN RASULULLAH
TERBITAN : TELAGA BIRU SDN. BHD
PRICE : S.M RM40.00

SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah" merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban. celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.

2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, laut, gelas minum dan buah buahan.

3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-quran

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan

5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

HARGA PROMOSI HANYA : RM40.00 SAHAJA!! 

Thursday, May 10, 2012

Palestin Tak Pernah Gentar! (Buku)


TAJUK : PALESTIN TAK PERNAH GENTAR (BUKU)
PENULIS : ZULKIFLI MOHD & FATIMAH SHARHA
TERBITAN : TELAGA BIRU SDN. BHD
PRICE : RM20.00 (%-20)


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin, Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, buku ini, Turut menyertakan gambar senario yang berlaku bagi menaikkan semangant pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, Insya-Allah

"Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang dalam timbunan puing-puing bangunanruntuh, peluru bersimpang-siur berdesir di telinga, dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu.

Wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi mencari anak lelakinya yang masih kecil yang telah terlepas daripada pautan tengannya dan dilihatnya di celah-celah gelimpangan mayat-mayat itu ada sekujur mayat kanak-kanak yang masih memegang senapang mainan di tangannya, itulah anaknya.

Wanita itu terus menangis serta menampar-nampar mukanya mencari semuanya dan di lantai dilihatnya titisan darah Syahid!! Syahid!! Syahid!! Jeritnya...


Wednesday, May 9, 2012

Cinta Kerana Allah » Pahrol Mohamad Juoi (Buku)

CINTA KERANA ALLAH (BUKU)
PENULIS : PAHROL MOHAMAD JUOI
TERBITAN : TELAGA BIRU
PRICE : RM25.00 (%-20)

Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangilah seluruh ahli keluarga kita. Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman, Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman.

Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga, Ribut dalam "cawan" rumah tangga boleh mencetuskan badai ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan;" Selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api Neraka." Untuk Mengukuhkan  hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnua. Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggan ibadah untuk meraih pahala dan syurga.

"Cinta isteri atau suami ialah alat untuk mencapai cinta Allah, Ertinya, Cinta akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah."

Apabila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah. Cinta antara manusia tidak boleh terpisah daripada cinta Allah, kesepaduan cinta itulah yang melahirkan tanggungjawab. Ya, Rumah tangga dibina atas dasar cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.

Sunday, May 6, 2012

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul » Fatimah Syarha (Buku)

PEMILIK CINTAKU, SETELAH ALLAH & RASUL
PENULIS : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
TERBITAN : TELAGA BIRU SDN. BHD
PRICE : S/M RM12.00
S/S RM15.00

Bingkisan Qani'ah buat suaminya ini ingin dikongsikan
denganmu..

Buat Adik-Adik Remaja yang baru nak mengenali cinta. Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kaumiliki.

Buat Bakal-Bakal Pengantin Baru, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

Buat Pengantin Baru, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

Buat Para Suami, Ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

Friday, May 4, 2012

Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz (Buku)

KHALIFAH ZUHUD UMAR BIN ABDUL AZIZ
PENULIS : TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-MAKKI
PRICE : S. M RM 22.00
S. S RM24.00

Buku ini mendiskusikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya. Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Dapatkan buku ini bagi usaha memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat

KHALIFAH ZUHUD-UMAR ABDUL AZIZ

Selepas kewafatan Rasulullah SAW,muncul beberapa orang pemimpin terpuji demi menyambung legasi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Umar Bin Abdul Aziz,salah seorang tokoh pemimpin agung yang dikurniakan Allah keperibadian yang luar  biasa.Kepimpinan serta corak pemerintahannay menjadi satu modul dan ikon bagi pemimpin sepanjang zaman hingga bergelar Mujaddid Kurun Pertama.

Buku ini menduksikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya.Selain itu,buku ini turut merungkaikan kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata.Keadilan dan kejujuran Khalifah Umar yang berlandaskan iman dan takwa menjadi tunjang pemerintahan beliau.Oleh itu,buku ini wajar dimiliki oleh semua individu dalam usaha memahamidan mempelajari cirri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat.

Penulis: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Makki
Terjemahan: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz


Wednesday, May 2, 2012

Cinta Kun Fayakun » Ustaz Ubaidillah Alias (Buku)

KUMPULAN CERPEN - CINTA KUN FAYAKUN
PENULIS : USTAZ A. UBAIDILLAH ALIAS
KELUARAN : TELAGA BIRU
PROMOSI : S/M RM10.00
S/S RM12.00

"Sesungguhnya aku beriman dengan qadak dan qadar, Aku faham apa itu
ikhtiar, tawakkal, pasrah dan redha.
Dengan Kun Fayakun.."

"Kumpulan Cerpen-Cinta Kun Fayakun" ini menghimpunkan 13 buah cerpan hasil nukilan seorang penulis muda berbakat besar. Koleksi cerpen ini memaparkan ideologi penulis dalam membicarakan tentang isu-isu sejagat, rakaman peristiwa dan realiti kehidupan. Penghasilan cerpen ini merupakan wadah dan saluran untuk mengajak pembaca sama-sama mendasari erti kehidupan, kecekalan, kasih sayang dan sebagainya demi menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Friday, April 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus » Daie Sejuta Ummat (Buku)

USTAZ AZHAR IDRUS - DAIE SEJUTA UMMAT (BUKU)
KARYA : RIDUAN MOHAMAD NOR
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM20.00

Penceramah fenomenal merupakan sisi terang yang sentiasa berlaku di belahan dunia islam di setiap zaman. Abad ke-20 sendiri menyaksikan pelbagai tokoh muncul di pelbagai belahan dunia Islam. Contoh karismatik seorang tokoh gerakan Islam sebagaimana yang dirakam oleh langit sejarah seperti Imam Hasan Al-Banna yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 di bandar Ismailiah, Mesir Kecerdasan al-banna dalam mertarbiah dan membina, akhirnya beliau meletakkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan fenomenal dalam kurun ke-20 dan 21.

Paling akhir kita digegarkan dengan fenomena Ustaz Azhar Idrus yang muncul seiring dengan kepesatan teknologi jalur lebar. Terjehan langit terbuka jika diuruskan dengan baik akan menguntungkan dakwah, sebab itulah Dr Yusuf Qardhawi dalam Fiqhul Jihad menyarankan potensi di langit terbuka direbut oleh para pendakwah dan juga para pejuang Islam di akhir zaman. Musuh memulakan gelanggang ini, namun pejuang Islam jangan ketinggalan zaman, merebut pengaruh dan menebar kebenaran. Ustaz Azhar Idrus adalah contoh kehebatan daie yang pandai memanfaatkan ruang maya ini. Maestro dakwah ini bukan sahaja meriuhkan panggung dakwah dengan pendekatan kuliah santai yang begitu meramahi anak muda tetapi juga dengan pelbagai pendekatan dakwah yang mesra anak muda.

Monday, March 26, 2012

Ensiklopedia Solat » Kombinasi Fakta Hukum & Sains (Buku)

ENSIKLOPEDIA SOLAT - FIQAH, FALSAFAH, SAJARAH & SAINTIFIK
KOMBINASI FAKTA HUKUM & SAINS
TERBITAN : TELAGA BIRU SDN. BHD
HARGA PROMOSI : RM100.00 (KULIT KERAS)

HARGA PROMOSI RAMADHAN: RM90.00 SAHAJA!! 

Merupakan sebuah ENSIKLOPEDIA SOLAT yang amat sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah, masjid, surau, madrasah pengajian agama, institusi pengajian tinggi malahan juga amat sesuai dijadikan panduan dan kegunaan buat seisi rumah sesebuah keluarga.

Keistimewaan Ensiklopedia Solat ini adalah :

• Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
• Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
• Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
• Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca.
• Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadits bagi memudahkan rujukan pembaca.

Antara tokoh istimewa yang menyumbangkan tenaga dalam melengkapkan dan menyiapkan ensiklopedia ini adalah Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid. Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis, Ustaz Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Haji Mohammad Wahid Abd Hanif.

Sunday, January 1, 2012

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (Buku)

USTAZ AZHAR IDRUS (BUKU)
ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB
TERBITAN : PTS PUBLICATIONS
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM17.00

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa hasil tulisan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus laris di pasaran walaupun baru beberapa minggu diterbitkan.

Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.
Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.
Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.
Dapatkan buku terbaru dan terkini tulisan penceramah terkemuka ini di kedai-kedai buku berdekatan tuan dan puan. Selain itu buku-buku PTS juga diperolehi di rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin.