Wednesday, May 9, 2012

Cinta Kerana Allah » Pahrol Mohamad Juoi (Buku)

CINTA KERANA ALLAH (BUKU)
PENULIS : PAHROL MOHAMAD JUOI
TERBITAN : TELAGA BIRU
PRICE : RM25.00 (%-20)

Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangilah seluruh ahli keluarga kita. Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman, Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman.

Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga, Ribut dalam "cawan" rumah tangga boleh mencetuskan badai ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan;" Selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api Neraka." Untuk Mengukuhkan  hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnua. Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggan ibadah untuk meraih pahala dan syurga.

"Cinta isteri atau suami ialah alat untuk mencapai cinta Allah, Ertinya, Cinta akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah."

Apabila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah. Cinta antara manusia tidak boleh terpisah daripada cinta Allah, kesepaduan cinta itulah yang melahirkan tanggungjawab. Ya, Rumah tangga dibina atas dasar cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment